5 fakta yang mungkin anda tidak tahu tentang Lamborghini Huracan STO

2519

Huracan STO merupakan varian baharu yang diperkenalkan oleh Lamborghini pada November tahun lepas. 

Lamborghini Huracan STO

Merupakan singkatan dari Super Trofeo Omologata, STO ialah supercar yang dihasilkan berdasarkan jentera perlumbaan Lamborghini iaitu Huracan Super Trofeo.



Butiran tentang supercar ini telah didedahkan, seperti enjin V10 5.2-liter naturally-aspirated yang mampu menghasilkan sehingga 630hp, berat tanpa cecair hanya 1,338kg dan pecutan dari 0-100km/j dalam masa kurang tiga saat, 0-200km/j dalam masa sembilan saat, dan mencapai kelajuan maksimum 310km/j.

Lamborghini Huracan STO

Namun, Lamborghini kini memberikan lima fakta menarik yang mungkin ramai tidak tahu tentangnya.

Berikut adalah lima perkara menarik mengenai Lamborghini Huracán STO:

1. Cofango

Cofango ialah gabungan dua perkataan Itali iaitu cofano (hud) dan parafango (fender). Perkataan ini digunakan untuk menggambarkan hud, fender dan bampar STO yang diperbuat daripada gentian karbon ringan.

Maknanya hud, fender dan bampar depan diangkat atau dibuka secara bersama.  

2. Tukar mod pemanduan hanya dalam tiga saat

Huracan STO dilengkapi tiga mod pemanduan iaitu STO (pemanduan biasa), Trofeo (mod perlumbaan) dan Pioggia (hujan atau basah). Ketiga-tiga mod ini dapat ditukar dalam tempoh waktu yang sangat singkat.

3. Tiga kali pusing dunia melalui ujian simulator

Untuk makluman, Huracan STO telah menjalani ujian simulator pada jarak bersamaan tiga kali mengelilingi dunia. Dengan bergantung pada simulasi digital, jurutera Lamborghini dapat mengurangkan masa yang diperlukan untuk jentera ini diperkenalkan.

4. Terdiri daripada 2,750 komponen

Menurut Lamborghini, jumlah komponen untuk menghasilkan sebuah Huracan STO ialah sebanyak 2,750 komponen.

5. Gunakan banyak program komputer

Huracan STO juga menggunakan banyak program komputer. Model ini memerlukan sehingga 25,000 baris kod untuk memperoleh sistem penting seperti telemetri untuk berfungsi.

Aplikasi ini memberikan banyak maklumat kepada pemandu ketika berlumba di litar, termasuk rakaman video, masa perlumbaan, dan maklumat pendikit dan brek untuk mengasah kemahiran seseorang pemandu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here