Lima kereta ditenggelami air angkara banjir kilat di Melaka

1114

Lima kereta yang melalui jalan berhampiran persimpangan Taman Krubong Perdana, Melaka, malam tadi, ditenggelami air susulan hujan lebat bermula petang semalam.

kereta ditenggelami air

Beberapa gambar serta video dikongsi orang ramai di Facebook serta aplikasi WhatsApp mengenai kejadian itu.



Banjir kilat itu susulan hujan lebat sejak 6 petang semalam yang turut menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Melaka Tengah, Kapten (PA) Awang Bohari Awang Ahet, setakat jam 12 tengah malam tadi, sebanyak tujuh kawasan di Melaka Tengah dilanda banjir kilat.

Katanya, kawasan berkenaan ialah Pengkalan Rama Pantai, Taman Merdeka, Taman Sri Krubong, Taman Krubong Jaya dan Kampung Tampoi.

“Kejadian berlaku berpunca daripada limpahan air sungai dan perparitan berhampiran selain keadaan hujan lebat secara berterusan.

“Bagaimanapun setakat ini tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di kawasan terjejas,” kata Awang Bohari.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here