AirAsia rancang tawar perkhidmatan penghantaran guna teksi udara dan dron

1089

Malaysia AirAsia Group Bhd merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan penghantaran menggunakan teksi udara dan dron.

perkhidmatan penghantaran airasia

Inisiatif ini diambil bagi mempelbagaikan kaedah penghantaran, berikutan keadaan negara yang masih lagi dilanda pandemik Covid-19.



“Teksi udara akan mempunyai seorang juruterbang dan empat tempat duduk. Buat masa sekarang, kami sudah pun mempunyai pasukan tersendiri untuk mengendalikan perkhidmatan ini,” kata Ketua Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes.

“Perkhidamtan ini dijangka bakal beroperasi dalam masa 18 bulan,” tambahnya.

Lanjut Tony Fernandes, AirAsia Group Bhd menerusi cabang logistiknya Teleport, ketika ini sedang menguji perkhidmatan penghantaran menggunakan dron di kawasan bandar, dan disokong oleh Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here