Geely perkenal Binyue Pro Facelift (2021) lebih sporty

542

Geely baru-baru ini memperkenalkan Binyue Pro facelift (2021) dengan perubahan lebih signifikan  dan sporty.

SUV yang dikenali sebagai Proton X50 di Malaysia itu menerima naik taraf merangkumi:

  • Bahagian depan menggunakan gril radiator honeycomb berwarna hitam. Ruang pengambilan udara juga lebih besar yang kemudian dipadankan dengan lampu depan baharu.
  • Warna badan kuning dipadankan dengan kemasan jalur kelabu pada bahagian hud dan lip depan. 
  • Rim hitam sporty didatangkan dengan angkup brek merah.
  • Bahagia belakang pula dilengkapi dengan spoiler lebih besar, peresap udara dan ekzos berkembar. 
  • Kabin lebih elegan dengan kemasan warna metal kusam dan kerusi kulit upholsteri dua rona warna. Bahagian stereng didatangkan dengan kemasan jalur kuning dan tidak ketinggalan rekaan tuil gear baharu.
  • Skrin sentuh di tengah papan pemuka kini bersaiz 12.3-inci berbanding sebelumnya 10.25-inci.
  • Geely Binyue Pro dilengkapi dengan bumbung panorama dan sistem lampu ambien dengan pilihan 72 warna. 
GALERI
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here