Malaysia Airlines tawar tambang rendah buat pelanggan lengkap 2 dos vaksin

1049

Malaysia Airlines menawarkan tambang serendah RM89 kategori ‘Economy Lite’ bagi destinasi domestik. 

Tawaran tersebut hanya untuk pasangan suami isteri serta ibu bapa yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19. 



Menurut kenyataan Malaysia Airlines Bhd (MAB), tempahan boleh dibuat bermula 10 Ogos hingga 30 September (2021) untuk perjalanan sah sehingga 30 Oktober depan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAB, Kapten Izham Ismail berkata siri penerbangan terbaharu itu mencerminkan peranan penting syarikat penerbangan nasional dalam menyediakan kesalinghubungan perjalanan udara sepanjang tempoh penularan Covid-19.

Kapten Izham Ismail

“Sebagai syarikat penerbangan yang prihatin, MAB kekal komited memastikan perjalanan lebih selamat dan lancar untuk pelanggan dengan mengamalkan standard keselamatan dan kebersihan tertinggi.

“Kami percaya ia adalah sesuatu yang sangat penting untuk mengendalikan penerbangan dengan kru yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19,” katanya.

Setakat ini lebih daripada 93 peratus juruterbang dan kru kabin Malaysia Airlines sudah menerima suntikan vaksin.

Selain itu, MAB menjangkakan 100 peratus kakitangannya akan melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 menjelang pertengahan Ogos tahun ini.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here