Utama Berita Automotif Malaysia Airlines gantung penerbangan Doha, Jeddah, Madinah hingga 4 Mac

Malaysia Airlines gantung penerbangan Doha, Jeddah, Madinah hingga 4 Mac

8

Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines melanjutkan penggantungan semua penerbangan ke dan dari Doha (DOH), Jeddah (JED), serta Madinah (MED) sehingga 4 Mac 2026, susulan pembatalan yang dilaksanakan bermula 28 Februari hingga 1 Mac 2026. 

Menurut syarikat induknya, Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), ini berikutan penutupan berterusan ruang udara di beberapa bahagian di Timur Tengah di tengah-tengah perkembangan keselamatan serantau yang semakin memuncak. 

Bagaimanapun, katanya, penerbangan lain, termasuk ke dan dari London (LHR) dan Lapangan Terbang Charles de Gaulle (CDG) Paris, masih mengikut jadual ditetapkan. 

“Semua penerbangan ini beroperasi menggunakan laluan alternatif, jauh dari zon konflik yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

MAG berkata, penumpang sedang dimaklumkan dan diberi bantuan dengan pengurusan perjalanan alternatif sekiranya diperlukan. 

“Penerbangan ke destinasi yang terjejas akan terus digantung sementara menunggu penilaian lanjut mengenai situasi keselamatan. 

“Penumpang juga dinasihatkan untuk mengemas kini butiran perhubungan mereka menerusi ‘My Booking’ bagi mendapatkan maklumat terkini yang tepat pada masanya,” katanya menambah bahawa bantuan turut disediakan melalui sokongan Sembang Langsung di laman web, atau hubungi pusat hubungan global Malaysia Airlines di talian 1 300 88 3000 (di dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (di luar Malaysia).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here