
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) Negeri Kedah menyita sebuah Mercedes-Benz E350 AMG Line berwarna putih selepas mendapat cukai jalan dan perlindungan insurans telah tamat tempoh.
Menurut kenyataan, pemandu memberi alasan kereta berkenaan jarang digunakan menyebabkan cukai jalan tidak diperbaharui.
“Bagaimanapun, siasatan awal mendapati individu terbabit bukan pemilik berdaftar kenderaan tersebut.

“Saman turut dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik di bawah Seksyen 23(1) dan Seksyen 90(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan berkaitan,” katanya.
Jelasnya, kenderaan itu disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan ditahan di Stesen Penguatkuasa Kuala Ketil untuk tindakan lanjut.
JPJ menegaskan setiap kenderaan yang digunakan di jalan raya wajib mempunyai cukai jalan dan insurans yang sah tanpa mengira kekerapan penggunaan.






























