[Video] Basikal Azizulhasni rupanya guna teknologi R&D acah F1, frem saja RM147k

6520

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang memperoleh pingat perak  pada acara keirin Sukan Olimpik Tokyo di Velodrom Izu, Ahad lalu.

Kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) basikal yang menelan belanja kira-kira RM13 juta antara Institut Sukan Negara (ISN) dengan syarikat dari United Kingdom, Totalsim Ltd itu menimbulkan pertikaian.

Sehinggakan peguam dan aktivis, Siti Kasim mempersoalkan nilai perbelanjaan tersebut mengambilkira situasi negara pada masa ini.



Menurut laporan portal TheSukan, Azizulhasni menyatakan pasukan seperti Jerman, Great Britain, Australia, Jepun dan beberapa negara lain sudah lama menjalankan R&D dalam menghasilkan basikal yang sesuai untuk pelumba.

“Malaysia pula baru bermula pada 2017 tapi sebenarnya kita boleh dianggap terlambat dan ketika Olimpik London 2012 dan Rio 2016, kita sebenarnya ada peluang untuk menang.

“Kita kalah sebab beberapa faktor dan salah satunya adalah peralatan. Sebab itu kita mulakan projek ini,” katanya. 

Seharusnya tiada pertikaian tentang perkara berkenaan dan pembangunan basikal Vorteq WX-R menggunakan teknologi R&D seperti Formula Satu, tentunya bukan murah. 

Bahkan syarikat Totalsim yang dibangunkan pada 2009 itu memiliki kepakaran dalam penyelesaian Perkomputeran Dinamik Bendalir (CFD). 

SENARAI HARGA KOMPONEN

Menerusi episod 107, akaun YouTube GCN Tech mendedahkan basikal Vorteq WX-R bernilai £60,000 (RM351,277) itu merupakan basikal paling mahal di dunia iaitu jentera yang digunakan oleh Azizulhasni di Olimpik Tokyo (2020). 

Dua pengulas GCN Tech, Jon dan Ollie  berpeluang melawat kilang Vortex tersebut menyatakan ada dua saiz basikal iaitu M dan L ditawarkan.  

Berikut senarai harga komponen Vorteq WX-R:

  1. Frem menggunakan bahan gentian karbon dan ini merupakan harga yang munasabah kerana proses penghasilannya yang sangat rumit dan diuji dalam terowong angin, cetakan 3D dan melalui pelbagai ujian aerodinamik.
  • Harga: £25,000 (RM147,000)

2. Fork depan basikal yang paling rendah mampu membekalkan kekuatan dan ketegaran yang diperlukan pelumba di peringkat tinggi.

  • Harga: £5,000 (RM29,400)

3. Bar hendal direka untuk membantu membentuk aliran udara lebih aerodinamik di sekitar tangan dan lengan ketika pecutan tinggi. Lebar bar hendal agak pendek cuma 30cm

  • Harga: £10,000 (RM58,800)

4. Rim direka khas yang mana menggunakan gandar binaan dalam fork dengan diameter 12 milimeter. Lebar rim pula adalah 32 milimeter. 

  • Harga: Rim depan £6,000 (RM35,290), rim belakang £6,000

5. Pedal kayuhan jenama SRM Power mampu memberikan impak tujahan yang tinggi dan memberikan kelajuan maksimum buat pelumba, mengikut kekuatan peha dan betis masing-masing.

  • Harga: £2,000 (RM11,800)

6. Tayar dari jenama Pista khas untuk perlumbaan trek dengan jangka hayat penggunaan 50km.

  • Harga : £135 (RM800)

7. Komponen lain 

  • Cincin rantai: £120 (RM700) sekeping
  • Sproket : £20 (RM120) jenama Shimano Dura-Ace

Jumlah keseluruhan: RM320,700

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here