Isteri 19 tahun beri Lamborghini Huracan Evo buat suami, hadiah awal tolong jaga pantang

5052

Sebelum ini Anes Ayuni atau Yunie pernah tular di media sosial kerana mengidam sebuah Lamborghini ketika mengandungkan anak pertamanya. 

Pasangan ini pernah menjadi sensasi di media sosial kerana suaminya pernah menghadiahkan sebuah Ford Mustang pada hari perkahwinan mereka. Bakal ibu ini juga memiliki Lamborghini Aventador SV bernilai RM3 juta. 



Selain itu, dia juga pernah  tular dia media sosial kerana membeli dua buah Toyota Alphard bernilai RM600,000 secara tunai.

Terbaharu, lain pula ceritanya apabila ibu berusia 19 tahun itu menghadiahkan suaminya sebuah kereta Lamborghini bagi menghargai jasa suami untuk menjaganya berpantang nanti.

Lamborghini Huracan Evo itu dianggarkan bernilai RM3 juta dan perkongsian tersebut mendapat lebih sejuta tontonan kurang 24 jam menerusi akaun TikTok @ayunieso24.

@ayunieso24

#ad Bagi awl2 hadiah utk jaga sy dlm Pantang nnti 😘 Terima kasih suami , besar mana pun nilai hadiah ni takkan dapat balas kebaikan awk #fyp #ad #vitamilk

♬ Dengarkan Sayang – Kangen Band

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here