Starrtex Carriers tawar servis pengangkutan kenderaan tertutup yang boleh muat 6 kereta pertama di Malaysia

666

Starrtrex Carriers Sdn Bhd selaku penyediaan servis pengangkutan kenderaan baharu melancarkan dua produk terkininya menerusi Auriga Deluxe 122 dan semi-trailer Blizzard untuk pasaran logistik automotif Malaysia.

Dengan pengalaman 30 tahun dalam industri itu, Starrtrex Carriers menawarkan barisan perkhidmatan pengangkutan kenderaan rekaan Eropah yang terbaik dalam kelasnya.

Ia membabitkan dua jenis servis pengangkutan membabitkan: 



Auriga Deluxe 122

Ia pengangkutan kenderaan dengan ruang tertutup yang boleh membawa kenderaan tanpa mendedahkan kepada cuaca Malaysia tidak menentu. Ini yang pertama di Malaysia.

Pada masa sama, ia memberi perlindungan ketika melalui permukaan jalan yang tidak rata dan melindungi lantunan Batu sepanjang perjalanan.

Boleh menampung maksimum enam kereta penumpang atau empat SUV, bergantung kepada ukuruan dimensi kenderaan. Buat masa ini, hanya satu 

Semi-trailer Blizzard

Sistem pengangkutan itu memberi lebih banyak ruang untuk membawa lebih banyak beban setiap perjalanan berbanding semi-trailer di Malaysia.

Boleh memuatkan 10 unit kenderaan bergantung kepada ukuran dengan mempunyai enam unit Semi-trailer Blizzard. 

Apa kelebihannya:

  • Ia boleh membawa pelbagai jenis segmen kenderaan.
  • Sistem pengangkutan yang teguh dan tahan, selain mempunyai berat ideal untuk menyumbang kepada penggunaan bahan api lebih rendah.
  • Operasi sistem pengangkut membolehkan kerja muat-turun dilakukan dengan mudah serta pantas.
  • Kedua-duanya dilengkapi dengan sistem hidraulik untuk mengangkat dan menurunkan kenderaan.
Datuk Kumar Prabakaran (tengah)

30 tahun pengalaman dalam industri logistik automotif Malaysia

Pengarah Urusan Starrtrex Carriers, Datuk Kumar Prabakaran berkata, dengan pengangkutan canggih itu, pihaknya menetapkan tahap baharu bagi perkhidmatan logistik kenderaan berkualiti tinggi tanpa sebarang kompromi.

“Kami berbangga menjadi pelopor dalam lapangan ini yang mampu menawarkan kualiti servis yang lebih tinggi kepada pelanggan,” katanya.

 

@motoqar Salam warga Internet, kami berada di majlis pelancaran Starrtrek Carriers, mereka ni menawarkan sistem pengangkutan kenderaan. Penuh dia isi dengan supercar ni. Teruja jap tengok!!! #tiktok #beritatiktok #supercar ♬ original sound – Motoqar

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here