Kerajaan pertimbang guna kaedah pajakan untuk aset pengangkutan

93

Kerajaan sedang mempertimbangkan model baharu dengan menggunapakai kaedah pajakan terhadap mana-mana produk, aset dan perkhidmatan pengangkutan seperti tren bagi memaksimumkan jangka hayat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, menerusi kaedah ini kerajaan tidak lagi memfokuskan kepada usaha membeli aset baharu, sebaliknya menggunakan kaedah yang membolehkan pihak melakukan pajakan turut bertanggungjawab terhadap aspek penyelenggaraan.



“Tak perlu kita beli aset baharu, tapi kita pajak produk dan kemudahan itu sebab banyak sektor pengangkutan terutama syarikat penerbangan, mereka tidak beli pesawat, mereka pajak pesawat itu.

“Kalau kita pajak ia juga merangkumi proses penyelenggaran supaya pihak yang pajak aset itu mereka juga bertanggungjawab untuk pastikan aset dapat digunakan secara maksimum sepanjang masa termasuk penyelenggaraan,” katanya. 

Beliau menjawab soalan tambahan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) berhubung perancangan Kementerian Pengangkutan dalam menguruskan isu penyelenggaraan tren yang dianggarkan menelan kos lebih kurang RM250 juta supaya tidak berlaku masalah teknikal sepanjang musim perayaan.

Anthony yang mengakui isu penyelenggaran sebagai isu besar dalam perkhidmatan kereta api namun berkata, perkara itu akan dibincang dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi bagi melihat kesesuaian model itu dalam memaksimumkan perkhidmatan pengangkutan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here