Kerajaan tukar Proton Perdana menteri ke Toyota Vellfire, kos sewa bulanan RM5.8k

2249

Kerajaan Malaysia menggantikan Proton Perdana kepada Toyota Vellfire 2.5 sebagai kenderaan rasmi menteri sekitar April lalu.

Tindakan itu dipersoalkan oleh ahli parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin kerana kerajaan menyediakan kemudahan kenderaan rasmi baharu kepada semua menteri ketika rakyat terkesan akibat pandemik.



Sim Tze Tzin bertanyakan kos pajakan MPV mewah berkenaan yang dibekalkan oleh syarikat konsesi Spanco. 

BACA>>Accord dan Vellfire dipilih jadi kenderaan rasmi baharu untuk menteri dan pegawai tinggi kerajaan

Menerusi satu kenyataan rasmi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz menjelaskan kerajaan membayar kos pajakan Toyota Vellfire 2.5L sebanyak RM5,759.35 sebulan.

“Kos pajakan bulanan ini terdiri dari kos sewaan bulanan sebanyak RM4,851.61 dan kos selenggaraan bulanan RM907.74,” katanya. 

Sehingga September 2021, kerajaan telah membayar kos pajakan sebanyak RM1.42 juta kepada syarikat konsesi tersebut. 

Sebelum ini menteri kabinet menerima Proton Perdana versi lebih panjang untuk kegunaan rasmi, sebelum digantikan dengan Toyota Vellfire. Sementara, Proton Perdana standard untuk kegunaan pegawai kerajaan pula digantikan dengan Proton X70 yang juga dibekalkan syarikat konsesi yang sama.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here