Utama Berita Automotif #Tips: Indikator ‘Check Engine’ menyala, perhatikan langkah ini….

#Tips: Indikator ‘Check Engine’ menyala, perhatikan langkah ini….

2541
Kenderaan masa kini sudah didatangkan dengan teknologi canggih dan ciri keselamatan pasif dan aktif termaju.

Cuma komunikasi hanya satu hala dengan kereta kerana apabila berlakunya masalah kita tidak tahu apa yang berlaku.
 
Hanya boleh melihat indikator yang menyala pada kluster instrumen. Misalnya secara tiba-tiba indikator jingga berbentuk enjin muncul, yang tidak tahu mulalah tepuk dahi.
 
Ibarat anda cuba mengenalpasti masalah dengan kekasih yang tidak tahu punca. Jangan panik cuba lihat beberapa gejala ini apabila indikator Check Engine menyala. 
 
Namun, sebelum itu ketahui dahulu apa itu Check Engine. Apabila indikator ini menyala ia memberi petanda adanya masalah sama ada pada enjin, transmisi ataupun kawalan sistem emisi.

Boleh dipandu atau tidak apabila Check Engine menyala?

Jika lampu menyala secara tiba-tiba tetapi tidak mendatangkan masalah pada kereta silakan terus memandu namun dinasihatkan segera temui pihak mekanik untuk mengetahui punca masalah. 
 
Sekiranya ketika memandu adanya gejala seperti gegaran, semput ataupun hanya dua silinder sahaja yang bergerak segera berhenti di bahu jalan dan hubungi trak tunda. 
 
Jika lampu Check Engine terus menyala dalam jangka masa lama, sila ambil langkah segera seperti yang dinyatakan di atas.

Indikator padam dengan sendiri

Walaupun indikator terpadam sendiri, sistem komputer akan menyimpan data masalah yang berlaku. Untuk mengelakkan isu yang mungkin timbul di kemudian hari, sila buat pemeriksaan di bengkel untuk menjalani ujian diagnosis. 



Bolehke ‘reset’ lampu Check Engine?

Ada sesetengah pemandu melakukan hal langkah ini kerana ingin ‘memadamkan’ amaran tersebut secara paksa dengan memutuskan sambungan bateri atau fius. Namun langkah ini   tidak digalakkan.
 
Tindakan tersebut akan menghilangkan kod masalah asal yang timbul. Malah banyak syarikat pengeluar melarang. 
 
Setiap model kenderaan memerlukan alat ujian diagnostik tersendiri. Masalah tersebut hanya akan terpadam sekiranya komponen yang rosak dibaiki dan dipadamkan dengan menggunakan code reader.
 
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat kepada anda dalam penjagaan kereta atau kenderaan masing-masing.
 
 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here