#Tips: 6 cara betul tolak kereta rosak yang ramai tak tahu, jangan asal boleh!

2917

Apabila kenderaan tiba-tiba rosak di tengah jalan mungkin ada dalam kalangan pemilik akan panik.

Tambahan kejadian berlaku ketika trafik padat. Dalam hati mula membebel bahkan menunggu lori tunda sampai terasa begitu lama.



Pengguna yang melintas mula memandang sinis lagilah tidak keruan dan tenang. Jika anda seorang yang berfikir dengan pantas seharusnya kereta perlu ditolak ke bahu jalan agar tidak mengganggu pengguna lain.

Namun, menolak kenderaan juga ada caranya bukan asal boleh. Nanti lain pula yang rosak. Tenang, ada tips yang boleh anda gunakan apabila kereta ‘buat hal’ di tengah jalan.

Ini enam perkara perlu anda lakukan apabila kereta mogok: 

  1. Tekan lampu hazard (kecemasan) ketika menolak kenderaan. Ini bagi memberi isyarat kepada pengguna lain bahawa kereta anda sedang mengalami masalah. 
  2. Perhatikan aliran trafik dan mula menolak kereta dengan stereng dipusingkan ke arah tepi jalan atau lorong kecemasan.
  3. Kalau kereta anda berat, pusingkan stereng sedikit ke arah kiri lalu tolak bahagian belakang kereta.
  4. Bagaimanapun satu perkara perlu diperhatikan adalah posisi tangan seharusnya diletakkan pada tempat yang betul. Jangan pula anda letak tangan di cermin belakang atau lampu kerana tekanan yang kuat boleh menyebabkan komponen itu pecah.
  5. Bahagian paling kukuh adalah pintu but kiri dan kanan. Jika rekaan belakang kereta didatangkan dengan barisan lampu panjang, titik selamat berada di hujung sisi pintu but.
  6. Tolakkan tepat di bahagian pintu yang memiliki getah pelindung. Jika semua bahagian belakang diperbuat daripada kaca, maka posisikan tangan di bampar tepi kiri atau kanan.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here