[Video] Halang ambulans lalu, cermin sisi Toyota Agya melayang kena tendang

6275

Insiden yang berlaku di negara jiran ini mungkin meninggalkan kesan yang mendalam kepada mangsa dan menjadi pengajaran agar tidak mengulangi kesilapan sama selepas ini.

Gara-gara penting diri seorang pemandu Toyota Agya (Perodua Axia) terkena amukan salah seorang pengguna jalan raya lain kerana menghalang laluan ambulans. 



Video yang dikongsi akaun Instagram @dashcam_owner_indonesia itu menunjukkan kereta kompak berwarna perak itu berhenti di laluan bertentangan sedangkan kenderaan lain di jalan kiri berbaris memberi laluan.

Difahamkan lorong kanan dibiarkan kosong untuk ambulans lalu. Toyota Agya berkenaan malah cuba memotong menggunakan jalan bertentangan. 

Tindakannya itu menyebabkan seorang lelaki marah dan menendang pintu Agya tersebut sebanyak dua kali hinggakan cermin sisi kereta itu tercabut melayang ke udara. 

“Kerana ada ambulans, jadi dia dihadang, ambulansnya mau diajak tabrakan (langgar). Haduh ya Allah ngalah sama ambulans kenapa sih pak, pak..,” kata perakam video.

Pengguna yang melihat keadaan itu cuba menenangkan lelaki berkenaan. Tidak lama kemudian pemandu Agya tersebut keluar dari kenderaannya dan cuba memeluk serta meminta maaf kepada lelaki yang menendang keretanya.

 
VIDEO
 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Dash Cam Owners Indonesia (@dashcam_owners_indonesia)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here