Toyota Wigo dengan kit TRD S ini memang suatu versi Axia yang mengancam!

3826

Toyota telah melancarkan Wigo di Filipina beberapa minggu lepas. Ianya secara umum kereta yang sama dengan Perodua Axia kita, dan sama juga dengan Toyota Agya dan Daihatsu Ayla di Indonesia.

Tiada apa yang menonjol atau terlalu signifikan. Tetapi menariknya, Toyota Wigo ini mendapat kit TRD S yang kami rasa sangat hensem dan sporti! Membuatkan kami ingin cari di aftermarket jika kami ada Axia!



Di bawah hud depannya, Wigo dipacu oleh enjin 1.0-liter 3-silinder yang sama, dengan transmisi automatik 4-kelajuan.

Ia juga mendapat rim aloi dan lampu kombinasi belakang rekaan baharu. Wigo di Filipina ditawarkan dalam varian E MT, G MT, G AT dan TRD S yang kita sebutkan tadi. Alangkah menariknya jika varian TRD itu dipadankan dengan transmisi manual dan spring sport.

Unik kepada varian TRD S ini adalah lip depan, skirt tepi, spoiler belakang, skirting belakang, serta lencana dan dekal TRD.

Ciri lain adalah butang Push Start, butang kawalan pada stereng, kawalan pendingin hawa sesentuh LCD, cermin sisi berkuasa, dan kamera undur.

Tetapi varian TRD S menerima tambahan Apple CarPlay dan Android Auto, fungsi arahan suara, dan perakam video digital (dashcam).

Ciri keselamatan adalah standard untuk semua varian, iaitu Power Door Lock, beg udara SRS untuk pemandu dan penumpang depan, dan ABS.

Apa pendapat anda mengenai kit TRD S pada Toyota Wigo ini? Adakah ia lebih sporti dari Axia AV?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here