Perodua Axia 2019 dilancar dengan penambahan varian STYLE baharu

5221

Perodua telah melancarkan Perodua Axia 2019 baharu, kenderaan kompak segmen-A yang kini lebih canggih dan menawarkan lebih nilai untuk wang.

Axia 2019 ini hadir dengan enam varian termasuk satu varian baharu iaitu STYLE. Barisan varian dan harga adalah seperti berikut:



Axia E: RM24,090
Axia G: RM33,490
Axia GXtra: RM34,990
Axia STYLE: RM38,890
Axia SE: RM38,890
Axia AV: RM43,190

Varian teratas iaitu Axia AV kini menerima sistem keselamatan canggih Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 yang sebelum ini terdapat pada Myvi dan Aruz.

ASA 2.0 ini merangkumi Pengesan Pejalan Kaki (sehingga 50km/j), Amaran Pra-Pelanggaran (sehingga 100km/j), Brek Pra-Pelanggaran (sehingga 80km/j), Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control.

Semua varian pula dari GXtra dan ke atas dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC). Semua varian juga (kecuali Axia E) mendapat ABS dan EBD. ISOFIX dilengkapi dengan standard untuk semua varian.

Tambahan baharu kepada barisan Axia ialah varian STYLE, iaitu dengan gaya lasak ala crossover. Ia hadir unik dengan warna Sunrise Orange, skid plate, cladding badan, lampu belakang jernih, moulding bumbung, spoiler belakang dan rim lima-jejari 15-inci.

Semua varian dipacu oleh enjin 1.0-liter 1KR-VE VVT-i yang menghasilkan 67hp dan 91Nm tork. Enjin ini boleh dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan (Axia E sahaja) atau automatik 4-kelajuan (semua varian lain).

Antara ciri luaran Axia 2019 adalah lampu depan projektor, cermin sisi berkuasa (kecuali E), rim 14-inci (kecuali STYLE) dan lampu belakang LED jenis merah atau jernih.

Di dalam kabin pula, Axia 2019 mendapat tempat duduk fabrik, paparan pelbagai info, cermin berkuasa, central locking, pengesan undur, kamera undur (AV sahaja) dan pengesan bucu depan.

Sistem

Sementara varian lain mendapat sistem audio dengan sambungan USB, varian AV mendapat fungsi tambahan navigasi, Smart Link, Bluetooth dan HDMI.

Perodua Axia 2019 masih menerima penarafan EEV iaitu kenderaan jimat tenaga, dengan bacaan 22.5km/L untuk manual dan 21.6km/L untuk automatik.

Bergantung kepada varian, Perodua Axia 2019 boleh dipilih dengan pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Midnight Blue dan Lava Red.

Hatchback kompak segmen-A ini didatangkan dengan jaminan 5 tahun atau 150,000km (yang mana terdahulu).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here