Senarai kereta yang pernah dimiliki John Cena, semua jenama Amerika!

5108

Pengikut sukan gusti, terutamanya World Wrestling Entertainment (WWE) tentu sangat sinonim dengan nama ini, iaitu John Cena.

Lelaki yang berasal dari Amerika Syarikat ini bukan sahaja aktif dalam bidang gusti, tetapi juga merupakan penyanyi hip hop dan pelakon.



Kejayaan dalam kerjayanya sudah tentu menghasilkan sumber pendapatan yang banyak. Tidak hairanlah jika Cena atau nama sebenarnya John Felix Anthony Cena Jr mempunyai beberapa koleksi kereta yang menarik. Selain itu, difahamkan juga Cena sejak kecil memang menyukai muscle car.

Disini kami akan senaraikan 9 buah kereta yang pernah dimiliki oleh John Cena.

1. Ford GT 2017

John Cena pernah memiliki sebuah Ford GT 2017. Keseluruhan badan kereta ini dihasilkan menggunakan gentian karbon. Ianya dikuasakan oleh enjin V6 3.5-liter yang mampu menghasilkan sehingga 647hp. 

Bagaimanapun, John Cena menjual kereta itu selepas memilikinya dalam tempoh beberapa minggu, walaupun dia sudah menandatangani perjanjian untuk menggunakannya dalam tempoh dua tahun. Sehingga kini, kenderaan itu sudah beberapa kali bertukar tangan dan difahamkan hampir kepada lima pemilik.

Ford GT itu berjaya dijual dalam satu acara lelongan pada Oktober 2018 dengan harga USD1.32 juta (RM5.6 juta).

2. Chevrolet Corvette ZR1 2009

John Cena adalah individu ke-73 di dalam dunia ini yang memiliki Chevy Corvette Z71 keluaran tahun 2009. Bukan saja kelihatan menarik, kereta ini juga dikuasakan oleh enjin V8 6.2-liter supercharged yang mampu menghasilkan sehingga 638hp.

Ia juga mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.4 saat dan mampu mencapai kelajuan tertinggi hingga 330km/j. Corvette ZR1 dikatakan merupakan kereta paling berkuasa yang pernah dihasilkan oleh Chevrolet dan General Motors pada ketika itu.

3. Dodge Viper 2006

Dihasilkan khas untuk prestasi dan kelajuan, Dodge Viper keluaran tahun 2006 ini dikuasakan enjin V10 8.3-liter yang mampu menghasilkan sehingga 510hp.

Ia juga mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.9 saat, dan mampu menghasilkan kelajuan maksimum hingga 305km/j. Satu kelajuan yang sangat mengagumkan pada pertengahan tahun 2000-2010.

Semasa diperkenalkan, kereta ini bernilai USD80,000 (RM341,280).

4. Jeep Wrangler 1989

Kenderaan ini sangat penting bagi John Cena kerana ia dibeli menggunakan gaji pertamanya dari WWE. “Kenderaan ini adalah barang pertama yang saya beli ketika saya mendapat gaji dari WWE,” kata John Cena dalam episod John Cena: Auto Geek sebelum ini.

5. Oldsmobile Cutlass Rallye 350 1970

Oldsmobile Cutlass Rallye 350 ini telah dihasilkan pada tahun 1970 dalam hanya 3,547 unit. Ianya dikuasakan oleh enjin Rallye 350 yang mampu menghasilkan sehingga 310hp dan 528Nm tork. 

Kereta ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 7 saat. Suatu pencapaian yang sangat mengagumkan untuk sebuah kereta antik keluaran tahun 1970.

6. AMC Rebel ‘The Machine’ 1970

John Cena

Pada zamannya, Rebel merupakan sebuah muscle car dengan prestasi terbaik. Syarikat AMC telah menghasilkan kereta ini dengan campuran warna merah, putih dan biru.

Kereta ini dikuasakan oleh enjin yang mampu menghasilkan sehingga 340hp dan mempunyai kelajuan maksimum pada 333km/j.

7. Plymouth Road Runner Superbird 1970 dan Dodge Charger Daytona 1969

John Cena

Sepanjang proses pengeluarannya, Plymouth Road Runner Superbird 1970 disertakan dengan tiga pilihan enjin iaitu:

  • Enjin V8 426 Hemi yang menghasilkan 425bhp dan 664Nm tork.
  • Enjin 440 Super Commando Six Barrel yang disertakan dengan karburator 3X2-barrel. Ia mampu menghasilkan sehingga 390hp.
  • Enjin 440 Super Commando yang disertakan dengan karburator single 4-barrel. Ia mampu menghasilkan 375hp

Untuk Dodge Charger Daytona 1969, kereta ini dikuasakan oleh enjin 440 cu in (7.2 L) Magnum sebagai standard.

8. Buick GSX 1970

John Cena

John Cena juga pernah memiliki kereta popular tahun 1970 iaitu Buick GSX. Kereta ini dihasilkan sebanyak 687 unit sahaja. Ia dikuasakan enjin 455-cid V8 yang mampu menghasilkan sehingga 350bhp dan 691Nm tork.

9. Chevrolet Camaro COPO 427 1969

John Cena

Chevrolet Camaro COPO 427 telah dihasilkan pada tahun 1969. Kereta ini dikuasakan oleh enjin V8 yang mampu menghasilkan sehingga 450hp pada 5,600rpm.

Jentera itu mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 5.4 saat dan mempunyai kelajuan maksimum sehingga 201km/j.

Nampak, beliau sangat fanatik dengan kenderaan buatan negaranya. Kereta Jepun dan Continental mungkin tidak termasuk dalam senarainya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here