8 koleksi kereta paling rare John Cena, The Rockpun boleh cemburu

17533

John Cena dan The Rock adalah dua nama besar dalam dunia gusti profesional, dan persamaan kedua-duanya memiliki beberapa koleksi kereta.

John Cena memiliki beberapa koleksi model rare yang mungkin jika The Rock lihat akan terbit rasa cemburu.  Berikut kami kongsikan lapan jenis model kereta rare John Cena.



8. 2007 Dodge SRT-8 Super Bee

John Cena memiliki sebuah model Dodge Charger SRT-8 Super Bee (2007), model kereta tersebut digunakan dalam filem popular Bumblebee (2018). Jentera itu menggunakan enjin V8 HEMI yang menghasilkan kuasa 425hp dan tork 420Nm.

7.Corvette ZR1 2009 

Corvette ZR1 diperkenalkan pada 2009 merupakan model Corvette generasi ke-6 yang menggunakan enjin 6.2 liter V6 yang menghasilkan kuasa 638hp dan tork 604Nm. Dengan jumlah output sedemikian ia dikatakan versi Corvette paling berkuasa ketika itu.

6. Saleen/Parnelli Jones Limited Edition Mustang (2007)

Saleen/Parnelli Jones Limited Edition Mustang merupakan model yang dikeluarkan dalam edisi terhad iaitu 500 unit sahaja di dunia. Ia dilengkapi enjin 5.0 liter V8 yang menghasilkan kuasa sehingga 400hp.

5. Dodge Viper (2006)

Dodge Viper adalah salah satu kenderaan kegemaran Cena. Ia menggunakan enjin 8.3 liter V10 yang menghasilkan kuasa sehingga 510hp dan mampu memecut dari 0-100kmj dalam tempoh tiga saat. 

4. Ferrari F430 Spider (2007) 

Tidak terkecuali, Cena juga memiliki sebuah Ferrari F430 Spider (2007), yang difahamkan unit manual terakhir dikeluarkan. Ia menggunakan enjin 4.3 liter V8 yang menghasikan kuasa sehingga 490hp.

3. Plymouth Superbird (1970)

Plymouth Superbird merupakan salah satu kereta unik pada era 70-an kerana memiliki sayap yang besar. Kereta tersebut menggunakan enjin 7.0 liter V8 yang menghasilkan kuasa sehingga 425hp dengan kelajuan tertinggi 150kmj.

2. Ford GT (2005) 

Ford GT diperkenalkan pada 2005 dan merupakan sebuah kereta klasik pada zaman moden yang menggunakan enjin V8 dengan sehingga 550hp.

  1. Corvette InCENArator

Kereta ini sebenarnya dinamakan sempena Cena tetapi anehnya supercar tersebut tidak memiliki pintu dan digelar kereta masa depan atau ‘kereta dari tahun 3000’.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here