Ferrari susah nak lalu jalan berlubang teruk, penyanyi Rod Stewart baiki sendiri

1325

Kerosakan jalan yang teruk misalnya berlubang rupanya bukan saja berlaku di Malaysia malah terjadi di negara luar.

Sepertimana yang berlaku di Essex, England ini, keadaan jalan yang berlubang teruk menyebabkan penyanyi legenda Rock, Sir Rod Stewart mengambil keputusan membaiki sendiri jalan rosak berhampiran rumahnya.



Menerusi satu video yang dimuatnaik di Instagram, dia menjelaskan tiada seorang pun mengambil kisah hal tersebut yang boleh membahayakan keselamatan pengguna dan ia berlaku cukup lama. 

Penyanyi memiliki suara serak basah itu, tidak teragak-agak mengambil penyodok membantu para pekerja membaiki jalan berlubang yang mengganggu lalu lintas di kawasan terbabit.

“Bekerja untuk kehidupan, mengisi lubang adalah baik untuk jiwa!” tulisnya.

Bahkan situasi berkenaan juga menyukarkan dia memandu Ferrari miliknya selain ramai yang menggunakan jalan berkenaan terpaksa berdepan kenderaan rosak apabila terlanggar lubang. 

“Ferrari saya juga tidak boleh melalui jalan ini sehingga membuatkan saya dan yang lain mengambil keputusan membaiki sendiri.

“Saya membaiki jalan yang sangat saya sukai kerana tiada sesiapa peduli untuk melakukannya,” kata Rod Stewart.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sir Rod Stewart (@sirrodstewart)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here