Taufan di Florida, pengumpul kereta mewah ini tanggung kerugian jutaan dolar!

224

Musim taufan di Florida dan banjir telah memusnahkan beberapa koleksi supercar yang bernilai jutaan dolar sekitar Miami.

Rakaman yang dikongsi di akaun Instagram Florida Corvette Owners itu menunjukkan kerosakan dan kerugian yang perlu ditanggung oleh seorang pengumpul koleksi supercar berkenaan baru-baru ini.

Menerusi video itu boleh dilihat sepasang Rolls-Royce Cullinan yang mana salah satunya diubahsuai oleh Mansory.

Selain itu, koleksi kenderaan lain yang terkesan termasuklah Mercedes-McLaren SLR, Mercedes-AMG GT Black Series, C7 Chevrolet Corvette dan Plymouth Prowler.

Lima unit supercar Ferrari juga boleh dilihat dalam video berkenaan antaranya 488, 458, 360 Spider dan Roma. 

Pada video itu menunjukkan kesan air banjir yang melepasi bumbung kereta selain sampah sarah dan dedaunan yang dibawa air berkenaan. 

Jom Baca:   Kereta bertukar pesawat kurang tiga minit berjaya dapat sijil kelayakan penerbangan

Nampaknya, pemilik perlu mengeluarkan wang yang banyak bagi baik pulih akibat banjir dan harapnya pemilik mengambil insurans bencana alam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @florida_corvette_owners

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here