UMW Toyota buka tempahan Veloz, harga mula RM95k

1379

UMW Toyota Motor membuka tempahan bagi model MPV Toyota Veloz ke pasaran tempatan.

Menerusi siaran akhbar yang dihantar, model itu hanya ditawarkan menerusi satu varian iaitu Veloz 1.5 (AT) pada harga mula RM95,000 (tanpa insurans).



Model pacuan roda depan itu dilengkapi dengan enjin 1.5 liter (2NR-VE) yang menghasilkan kuasa106 PS dan tork 137Nm dan transmisi CVT 7-kelajuan.

Antara ciri peralatan yang ditawarkan pada pesaing Perodua Alza itu adalah lampu depan LED, rim 17-inci, rel bumbung, paparan skrin multi info berwarna 7-inci, pengecas tanpa wayar (Qi) dan slot pengecas USB 12 volt serta paparan skrin infotainmen 9-inci.

Daripada segi keselamatan, Veloz didatangkan dengan Toyota Safety Sense (Sistem Pra-Pelanggaran dan Kawalan Jelajah Adaptif), brek parkir elektrik (EPB) dan Sistem Telematik Kenderaan (VTS).

Toyota Veloz (2022) ditawarkan dengan lima warna pilihan iaitu:

  • Silver Metallic/ bumbung hitam
  • Blue Metallic/ bumbung hitam
  • White
  • Metallic Bluish Black
  • Red Metallic

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here