Gadis 21 tahun cuba pecah rekod keliling dunia dengan motor

965

Bridget McCutchen berhasrat mencipta rekod dunia menunggang motosikal bermula Ogos ini.

Gadis berusia 21 tahun itu bakal menggunakan Kawasaki Versys-X 300 yang dinamakan Mab sempena kuda miliknya yang sudahpun mati.



Bagi mencapai impian itu,  McCutchen yang berasal dari utara Wisconsin, Amerika Syarikat perlu menunggang sekurang-kurangnya 40,000km merentasi dua hemisfera, dan tinggal di lokasi sama tidak lebih dua minggu.

Selain itu dia juga perlu menamatkan pengembaraan di lokasi pemulaan yang mana perjalanan itu mengambil masa antara 12 hingga 16 bulan.

Seharusnya pengembaraan bermula pada Mei namun perang Rusia dan Ukraine memaksa McCutchen merancang semula perjalanan. 

Pelan perjalanan asal terpaksa diubah dengan memulakan perjalanan dari Amerika Selatan sebelum menaiki kapal bersama motosikalnya ke Maghribi dan menjelajah Eropah dan Asia.

Dia berkongsi pengembaraan itu di media sosial Instagram dan Facebook miliknya. Rekod penunggang termuda mengelilingi dunia buat masa ini dipegang Henry Crew yang mencipta rekod April 2019 pada usia 23 tahun.

McCutchen mahu memecahkan rekod tersebut dengan meminta bantuan dan nasihat daripada Crew sebagai persiapan awal. Gadis itu juga mengumpul dana dengan membuat jualan dan membuka akaun di GoFundMe dan menerima sumbangan komuniti setempat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here