Ini koleksi kereta mewah milik Emmanuel Adebayor, bekas bintang Arsenal dan Manchester City

2130

Kehidupan glamor dan dan memiliki kereta mewah sangat sinonim dengan pemain bola sepak terkemuka di dunia, lebih-lebih lagi pemain dari benua Eropah.

Situasi ini juga berlaku kepada penyerang kelahiran Togo iaitu Emmanuel Adebayor. Sudah sekian lama aktif dalam sukan bola sepak di benua Eropah, sudah tentu dia memiliki sumber pendapatan yang tinggi.



Lebih-lebih lagi, pemain bola sepak ini cukup berjaya di beberapa kelab terkemuka seperti Arsenal, Manchester City, Real Madrid, dan Tottenham Hotspur.

Jadi, kereta jenis apa yang dimiliki Emmanuel Adebayor? Berikut ini adalah senarai koleksi kereta mewah milik Adebayor berdasarkan dari akaun Instagramnya.

  1. Rolls-Royce Phantom

Sebagai pemain yang pernah beraksi di kelab yang ternama, tidak hairanlah jika lelaki berusia 36 tahun ini memiliki kereta mewah seperti Rolls-Royce Phantom. Kereta mewah ini dianggarkan berharga sekitar RM5.9 juta hingga RM7 juta.

2. Pontiac Grand Ville 1974

Bukan hanya kereta mewah, Adebayor juga memilik kereta klasik keluaran tahun 1974 iaitu Pontiac Grand Ville.

Kereta keluaran syarikat dari Amerika Syarikat ini cukup popular semasa tahun keluarannya. Ia disertakan dengan reka bentuk dan ruangan dalam yang cukup mewah dan dikuasakan oleh enjin V8 7.5-liter.

3. Mercedes-AMG G63

Bukan hanya memiliki kereta mewah jenis sedan, Adebayor juga memiliki kereta jenis SUV, iaitu Mercedes AMG G63. SUV ini dianggarkan berharga sekitar RM1.5 juta.

4. Mercedes-Benz V-class

Emmanuel Adebayor

Emmanuel Adebayor juga merupakan pemilik kepada Mercedes-Benz V-Class. Kereta ini mempunyai panjang 5,340mm, lebar 1,928mm, dan tinggi 1,880mm. Soal harga, varian tertinggi bagi Mercedes-Benz V-class dikatakan berharga sekitar RM460,000.

5. Mercedes-Benz S-Class

Emmanuel Adebayor

Nampaknya Adebayor sangat menyukai produk dari Mercedes. Dia juga memiliki Mercedes-Benz S-Class. Kereta ini dianggarkan berharga sekitar RM590,000 hingga RM2 juta.

6. Chrysler 300

Emmanuel Adebayor

Akhir sekali, bekas pemain Arsenal ini juga memiliki Chrysler 300. Kenderaan yang dihasilkan oleh syarikat pengeluar dari Amerika Syarikat ini berharga sekitar RM600,000.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here