Larikan 100 tayar lori di Pahang, jual di Johor

254

Polis menumpaskan Geng Vennu yang dipercayai terlibat dalam lapan kes pecah kedai dan gudang di Pekan, Maran, Jerantut dan Raub, Pahang. 

Ia susulan penahanan tiga suspek yang juga warga tempatan berusia antara 35 dan 40 tahun itu di Johor, pada 4 Mac lalu.



Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata penahanan geng itu susulan kes kecurian kira-kira 100 biji tayar lori di Jalan Pintasan Kuantan-Gebeng, di Kuantan pada 2 Mac lalu.

“Suspek dipercayai menggunakan lori untuk melarikan tayar itu menyebabkan pemilik kedai kerugian kira-kira RM100,000.

“Hasil siasatan dan risikan pada 4 Mac lalu, Bahagian Siasatan Jenayah Kuantan dibantu sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Johor menahan dua lelaki di Johor Bahru dan merampas sebuah lori pada 10.30 malam.

“Hasil penahanan dua suspek itu, ia membawa kepada tangkapan seorang lelaki tempatan yang dipercayai berperanan sebagai pembeli barang curi di Kulai, Johor serta merampas 31 biji tayar lori pelbagai saiz,” katanya.

Siasatan lanjut mendedahkan geng tersebut dalam kes premius dan gudang di Kuantan, Pekan, Maran, Jerantut dan Raub.

Semua suspek kini berada di Maran dan permohonan reman akan dipohon oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maran untuk siasatan lanjut. 

Wan Mohd Zahari berkata, siasatan mendapati suspek pertama berusia 35 tahun mempunyai 33 rekod dalam kesalahan jenayah dan masing-masing, suspek kedua dan ketiga berusia 40 tahun mempunyai 14 dan tiga rekod jenayah.

Katanya, modus operandi dilakukan suspek ialah dengan memasuki premis perniagaan dengan memotong kunci pintu pagar atau pintu utama dan melarikan barang dengan kuantiti banyak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Dengan tumpasnya Geng Vennu ini, polis berjaya menyelesaikan empat kes pecah premis perniagaan dan gudang berlaku di Kuantan, masing-masing satu kes di Pekan, Maran, Jerantut dan Raub.

Kredit Foto : Sinar Harian

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here