[Video] Tayar lori hentam kereta, pemandu Perodua Aruz cedera di kepala

3007

Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya tiba-tiba dihentam sebiji tayar lori di Lebuh Raya Elite petang semalam.

Dalam kejadian jam2 petang di KM27.2 Lebuh Raya Elite menghala ke arah utara itu, mangsa yang memandu Perodua Aruz turut cedera di muka dan kepala.

@lemonstv1

tayar lori terbang kena kereta 🥲 #fypシ #lori

♬ original sound – LemonTv – LemonTv



Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata kejadian berlaku apabila tayar sebuah lori dipandu seorang lelaki tiba-tiba tercabut lalu menghentam kereta mangsa.

“Pemandu kereta yang cedera dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan sebelum dibenarkan pulang petang tadi.

“Siasatan mendapati, lokasi kejadian mempunyai tiga lorong jalan dan satu lorong kecemasan manakala, cuaca pula baik dan cerah selain permukaan jalan rata dan kering,” katanya.

Pemandu lori mendakwa tayar sebelah kiri tercabut sebelum dia memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan lori itu turut ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

Wan Kamarul Azran berkata, pihaknya juga akan meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here