Ford Ranger XL 4×4 Single Cab – Ranger generasi baharu paling murah!

1349

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) selaku pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia memperluas barisan Ranger generasi baharu dengan penambahan varian 2.0 liter XL 4×4 Single Cab.

Dijual pada harga RM98,888 (atas jalan, tidak termasuk insurans dan cukai jalan, untuk Semenanjung Malaysia), dan RM104,388 (atas jalan, tidak termasuk insurans dan cukai jalan, untuk Sabah dan Sarawak).

Ranger XL generasi baharu dikuasakan enjin Ford yang telah terbukti, unit 2.0 liter Single Turbo diesel yang menghasilkan 170 PS dan tork puncak 405 Nm. 



Ia menggunakan transmisi manual enam-kelajuan baharu yang memakan masa selama empat tahun untuk dibangunkan, menampilkan set gear baharu dengan peralihan yang lebih lancar. 

Dibina untuk melakukan lebih banyak

Sama seperti semua barisan Ranger generasi baharu, varian XL Single Cab menerima kelebihan jarak jejak dan jarak antara rodanya yang 50 mm lebih panjang. Ia memberikan lebih kestabilan baik ketika di atas jalan atau off-road, berserta sudut mendekati dan pergi yang lebih baik. 

Ranger XL Single Cab generasi baharu menawarkan ruang kargo tunggal yang paling besar bagi sesebuah trak pikap dalam pasaran ketika ini.

Dengan ukuran 2,332 mm panjang, 1,420 mm lebar dan 540 mm tinggi, ruang kargo di belakang membolehkan pelanggan untuk membawa lebih banyak barangan atau memuatkan barangan yang lebih besar dan panjang.

Jarak kelegaan tanah juga lebih tinggi dengan 230 mm. Terdapat enam cangkuk kargo yang diletakkan pada tiub landasan logam bagi memudahkan pengguna mengikat barangan dengan selamat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here