Nak beli Hot Wheels buat suami, wanita ini terkejut bila tengok harga…

1967

Hanya peminat Hot Wheels mengetahui nilai produk tersebut bahkan pemburu model miniatur ini sanggup berhabis wang bagi memenuhi ruangan koleksi.

Bahkan, pemburu Hot Wheels juga sanggup berada di kedai begitu lama bagi mencari model rare. Baru-baru ini, seorang wanita tidak mempercayai harga sebuah Hot Wheels boleh mencapai ratusan ringgit.



“Saya nak tanya, kereta yang macam ni kenapa mahal ya? Saya ada tengok seller lain jual range harga semua beratus untuk model ni.

“Husband tak cakap pula kereta ni harga gini. Kalau saya tahu awal-awal tak nak lah janji nak beli. Eh, stress pula kita rasa ada tak yang jual murah kat sini? RM20 ke bawah, ada ke?,” jelasnya.
 
 
Setelah mendapat penjelasan daripada ahli grup Facebook Hot Wheels Trade & Sell Malaysia, barulah wanita berkenaan memahami mengapa harga model STH Porsche 356 Outlaw Gulf tersebut begitu mahal.
 
Versi Super Treasure Hunt (STH) menjadi mahal kerana didatangkan dengan ciri berbeza seperti warna, tayar dan logo dengan api emas pada bahagian kad. 
 
Pada bahagian komen wanita tersebut memberitahu ingin membeli hadiah berkenaan sebagai penghargaan buat suami yang memberi sokongan kepada perniagaan onlinenya. 
 
 

Rata-rata ahli dalam grup tersebut memberi respons positif dan menjelaskan tentang Hot Wheels.

“Belanja aje laa hubby akak tu sebiji…Nanti akak ‘pow’ laa dia yang bentuk ‘jagung’ ke, ‘daun ketum’ ke atau paling tidak ‘biskut tawar’. Raya nak dekat dah ni kak..”

“Niat akak tu saya suka. Hahaha tapi sth mmg tak murah kak. Barang collector biasa lah kak. Saya beli dulu pun rm120+.”

“Tu sth kak memang lerr mahal.. Klau nk murah beli model biasa yg bukan sth.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here