Lelaki ini lenjan Ferrari Enzo setiap hari

9736

Ferrari Enzo yang direka dan dibina sekitar 2002 hingga 2004 ini ditawarkan dalam unit yang terhad dan merupakan model Ferrari terpantas dengan kelajuan maksimum 355kmj.

Ada beberapa sebab yang menjadikan Ferrari Enzo antara model yang paling ikonik bagi jenama itu.



Pertama, ia dinamakan sempena pengasas jenama itu. Kedua, ia dilengkapi dengan beberapa teknologi Formula Satu (F1). Ketiga, bilangannya tidak banyak iaitu 400 unit sahaja.

Sepertimana diketahui, kereta tersebut bernilai lebih AS4 juta (RM16 juta) semestinya menelan kos yang agak tinggi untuk penyelenggaraan.

Namun, seorang lelaki di Utah, Amerika Syarikat menggunakan kereta tersebut sebagai kegunaan harian selama hampir dua dekad dan merekodkan jarak perbatuan sehingga 90,000km.

Supercar ini pada asalnya dibeli oleh Richard Losee yang menukarkannya menjadi satu-satunya Enzo T-top di dunia.

Kemudian Ferrari tersebut dipinjam untuk penggambaran muka depan majalah Road & Track yang mana ia memulakan pengembaraan hebat sejauh 1500km merentasi Utah. Namun kereta tersebut mengalami kemalangan pada 2006.

Bagaimanapun, setelah dibaik pulih ia mencatatkan jarak perbatuan lebih 30,000km pada 2013.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here