JPJ Perak lelong 70 buah kenderaan sita termasuk kereta klon 24 Mac ini

3973

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak akan mengadakan acara lelongan umum membabitkan 70 buah kenderaan pada 24 Mac ini jam 9 pagi di Blok H, JPJ Ipoh.

Daripada 70 buah kenderaan tersebut 30 adalah kenderaan klon, 43 unit kereta, 23 motosikal dan empat lori. 

Jualan buku lelong akan bermula pada 16 Mac hingga 22 Mac ini di Unit Kewangan JPJ Ipoh yang mana terhad 120 naskah sahaja.



Pihak JPJ Perak hanya membenarkan pembeli buku lelong membuat pemeriksaan awam pada kenderaan lelong. Pemeriksaan awam kenderaan disita boleh dilakukan di JPJ Ipoh, Sri Manjung, Taiping dan Tapah serta stesen penguatkuasa Kuala Kangsar. 

Bagaimanapun pada hantaran di akaun Facebook tersebut, pihak JPJ Perak tidak berkongsi pautan gambar dan senarai kenderaan sita yang bakal dilelong. 

Justeru itu, hanya pembeli buku lelong mengetahui senarai kenderaan lelong dan sebut harga simpanan setiap model.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here