Kuasa jentera MotoGP semakin liar, Brembo perkenal ‘piring’ cakera 355mm

1154

Semakin ngeri apabila hamburan kuasa jentera MotoGP semakin liar dan tentunya memerlukan sistem brek yang padu bagi memperlahankan dan menghentikan jentera.

Pembekal brek tahun ketujuh berturut-turut, Brembo menawarkan solusi pembangunan teknikal yang membolehkan penunggang melakukan pengubahsuaian sistem brek berdasarkan gaya tunggangan, trek dan strategi perlumbaan. 



Kustom itu boleh dilakukan dengan menawarkan pelbagai kaliper, cakera dan master silinder yang berbeza. Justeru itu, Brembo menawarkan tidak kurang daripada 12 jenis cakera karbon yang berbeza untuk dipilih bermula tahun ini.

Enam diameter berbeza, setiap satu tersedia dalam spesifikasi bahan ‘High Mass‘ atau ‘Standard Mass’.

Majoriti penunggang dijangka memilih cakera berdiameter 340mm antara High dan Standard Mass. Bagaimanapun, sesetengah pasukan akan terus menggunakan kedua-dua jenis cakera diameter 320mm.

CAKERA LEBIH LEBAR

Terkini, Brembo menawarkan cakera karbon ventilasi berdiameter 355mm yang tersedia untuk permulaan musim ini. 

Ukuran tersebut termasuk ekstrim kerana lebih lebar berbanding dua saiz yang digunakan. Kelebihan utamanya ialah ketepatan kawalan pengudaraan yang memastikan cakera sejuk dengan meningkatkan pertukaran haba.

Ia direka khas untuk jentera di litar yang sangat lasak pada sistem brek seperti Spielberg, Motegi, Sepang atau Buriram. Selain itu, Litar Losail menjadi alasan kuat Brembo memperkenalkan brek cakera tersebut.

Brembo memastikan enjin MotoGP 1000cc memerlukan kemampuan brek yang sangat tinggi. Litar di Doha itu dianggap sebagai ujian pertama untuk sistem brek. Projek awal ini digunakan pada perlumbaan Qatar yang mana kelajuan 362kmj harus diperlahankan sebelum selekoh 13. 

LITAR BANYAK BREK

Losail memang ‘mengeringkan’ brek berbanding litar lain iaitu lebih tinggi daripada Jerez dan Misano Adriatico yang mana operasi membrek dilakukan dua belas kali per lap. Di Losail, penggunaan sistem brek per lap juga mencapai rekod tertinggi. 

“Kuasa yang diperlukan brek terus meningkat. Itulah mengapa kami meningkatkan diameter ukuran cakera brek tahun ini. Sebelumnya kami sudah berbicara dengan semua pengilang sehingga peraturan diubah sesuai keperluan.

“Kami memutuskan diameter 355mm di bahagian depan. Mengapa?..,ini adalah ukuran maksimum yang dapat digunakan roda depan ketika ini dan brek cakera baharu dapat digunakan di Austria tahun ini, Motegi dan Thailand.

“Cakera 355mm ini akan menjadi lebih umum selama beberapa tahun ke depan kerana penggunaan peringkat brek terus meningkat,” jelas Brembo.

Selain soal ukuran, Brembo juga bekerja keras membangunkan komponen lain misalnya  kaliper, piston dan bahagian sokongan lain. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here