Proton Persona selalu rosak, lelaki ini kongsi rasa kesal di Twitter

18581

Kisah tentang kualiti kenderaan Proton nampaknya tidak menemui titik noktah apabila ada saja pengguna yang meluahkan rasa kecewa di media sosial.

Seorang pengguna Twitter @naimazharrrr berkongsi rasa tidak puas hati setelah membeli Proton Persona (2020) dan menasihatkan orang ramai tidak membeli kenderaan Proton.



“Tidak kisahlah ada atau tiada wang, tolong jangan membelanjakan wang korang beli produk Proton. Aku menyesal beli Proton sebabnya kawan baik ayah pengurus di sana dan yang nak kena hadap masalahnya aku ni,” ciapnya.

Lebih terkilan, sedan berkenaan sentiasa mengikuti jadual penyelenggaraan namun setelah dua tahun berlaku kerosakan walaupun tidak pernah mengalami kemalangan.

Di samping itu, dia juga berkongsi bukti video pendek menunjukkan cermin yang sudah dibaiki namun rosak kembali.

“Bila ingat balik, takde pulak kereta ke lorry langgar kereta aku, so kau nak rosak tak sudah sebab apa? Sebab barang kau pakai sangkak. Urrrgh I’m so annoyed,” katanya.

Difahamkan, pihak Proton sudah menghubunginya dan warga maya menunggu perkembangan terkini berkenaan status itu.

Antara komen yang dikongsi pengguna Proton di media sosial

Hasil perkongsian tersebut beberapa warga Twitter turut bercerita masalah yang dihadapi antaranya @xzayrazeex yang memberitahu kereta Proton miliknya yang berusia enam tahun turut mengalami pelbagai kerosakan.

Antaranya bahagian radiator yang berkarat selain beberapa aksesori tertanggal, dan indikator beg udara dan brek tangan menyala.  

Sementara itu, @LutfiOthman turut berkongsi kerusi Proton Iriz miliknya mengeluarkan bunyi selain bocor pada bahagian bumbung atau papan pemuka walaupun keretanya belum berusia setahun.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

 

 

2 KOMEN

  1. Kereta Proton Persona 2017 aku beli beg udara lampu asyik menyala. Dh hantar ke bengkel Proton beberapa kali I pn dh lupa tapi masalah masih lagi kekal.

    “Support Malaysian product, buy Proton” my ass. Lebih baik aku simpan lagi duit dn terus beli Perodua atau Toyota. Total regret buying Proton!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here