CFMoto 1250 TR-G Terjah Pasaran Eropah

1318

Diawalnya pengeluaran model CFMoto 1250 TR-G ini khusus bagi kegunaan Polis China.Kini 1250TR-G akan menerjah pasaran Eropah.

Model CFMoto 1250 TR-G mula diperkenalkan serta di jual kepada orang awam bermula tahun lalu.

Tiga model yang rancak menawan hati peminat motosikal Touring di Eropah iaitu BMW R 1250 RT,Kawasaki GTR 1400 serta Yamaha FJR 1300 merupakan saingan CFMoto 1250 TR-G.

Kemunculan jentera ‘Grand Tourer’ dari China ini bakal mengugat ketiga model yang sudah dikenali begitu lama di Eropah.

Apatah lagi nama CFMoto sudah dikenali dengan penglibatan mereka dalam perlumbaan motosikal dunia di Kelas Moto 3.



Model 1250 TR-G dibekalkan enjin V-Twin 1279cc dari KTM dan menjana 140hp serta 120Nm dengan enam transmisi kelajuan.

Hasil kolaborasi dengan KTM menyaksikan model 1250 TR-G dipadankan dengan kerangka Trellis,suspensi Mazocchi 130mm di depan dan 128mm di belakang serta Swingarm Aliminium.

Throttle Eletronik,Multi Plate Slipper Clutch ditambah dengan 4 mod tunggangan iaitu Sport,Street,Rain dan Athletic.

Pastinya 1250 TR-G sebuah motosikal yang berat iaitu 304kg dan maksimum bahanapi adalah 32 liter.

Sistem keselamatan menepati piawaian antarabangsa.Ini terbukti padanan kaliper Brembo dengan Cakera Berkembar berukuran 320mm di depan dan Cakera Tunggal 270mm di belakang.

Sokongan dari Sistem ABS serta Cornering ABS menambah keyakinan penunggang pada sistem keselamatan pada model ‘Grand Tourer ‘ keluaran CFMoto.

Difahamkan harga model ini di China adalah CNY99,980(RM66,000).

Persoalannya bilakah model CFMoto 1250 TR-G akan menerjah ke Pasaran negara kita?

 

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here