Meja pool Bugatti dari gentian karbon, harga RM1.2 juta!

1286

Selain menghasilkan hypercar terkemuka di dunia, Bugatti juga ada memperkenalkan pelbagai produk lain kepada pelanggan mereka. Baru-baru ini, satu lagi produk baharu diperkenalkan iaitu meja pool.

meja pool bugatti

Dihasilkan dengan kerjasama IXO dalam unit yang terhad, meja pool ini dikenali sebagai Bugatti Pool Table dan dihasilkan menggunakan bahan premium. Harga meja ini sama dengan sebuah rumah, iaitu pada €250,000 (RM1.2 juta).



“Kami gembira dapat bekerjasama dengan rakan kongsi pembuatan yang mencerminkan kualiti Bugatti,” kata Presiden, Stephan Winkelmann.

meja pool bugatti

“Melalui kerjasama ini, kami dapat memastikan bahawa Bugatti Pool Table akan dibuat dengan bahan-bahan bermutu tinggi. Standard pengeluaran terhad meja pool ini juga akan sangat tinggi, dan teknologi yang maju juga digunakan untuk membuatnya,” tambahnya.

Dikatakan memenuhi piawaian meja pool profesional, Bugatti Pool Table dihasilkan menggunakan mesin CNC, menampilkan sisi aluminium yang disikat dan dianodkan, poket bola keluli tahan karat yang dilapisi dengan kulit, dan skru dan nat dari titanium.

meja pool bugatti

Setiap meja pool dihiasi dengan logo rasmi Bugatti dan plak unik dengan bilangan edisi terhad setiap produk.

Aksesori juga akan ditawarkan tanpa caj tambahan, iaitu wall cue dari gentian karbon dengan paparan 13-inci untuk mengesan skor, cue gentian karbon yang dianodkan dan hujung aluminium yang dibuat menggunakan mesin CNC, serta lampu siling LED malap dengan gentian karbon.

meja pool bugatti

Selain itu, terdapat juga kotak kapur juga dibuat menggunakan aluminium hitam yang dianodkan, sikat pembersih hitam, beg pakaian kulit untuk mengangkut bola Aramith Tournament Pro, dan USB yang menampilkan gambar dan video dari setiap meja yang dibuat.

Bugatti Pool Table dihasilkan untuk digunakan di kapal layar, dimana ianya disertakan dengan sistem servo-driven tambahan yang menggunakan sensor giroskopik.

Oleh itu, kaki meja secara automatik dapat menyesuaikan diri hanya dalam masa lima milisaat untuk mengimbangi pergerakan kapal.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here