Toyota Alphard versi limosin untuk kereta mayat di China

5738

Toyota Alphard di Malaysia dikenali dengan sebuah MPV (Multi Purpose Vehicle) yang biasa digunakan oleh golongan kenamaan sebagai kereta persendirian. Namun di China, MPV ini digunakan sebagai kereta mayat.

Toyota Alphard ini bagaimanapun diubah suai terlebih dahulu sebelum dijadikan kereta mayat, dimana MPV ini kelihatan seperti sebuah Limousine.



Berdasarkan gambar yang tular, Toyota Alphard ini telah dipanjangkan, mempunyai dua baris tempat duduk eksklusif (memuatkan empat orang penumpang) dan satu ruangan panjang yang memuatkan sebuah keranda.

Sebenarnya kereta mayat mewah ini bukan saja ada di negara China, malah terdapat sebuah syarikat modifikasi kenderaan dari Jepun yang menghasilkan MPV seperti ini.

Syarikat modifikasi tersebut ialah T.R.G yang yang berpusat di wilayah Fukoka, Jepun.

Syarikat ini mempunyai kepakaran dalam mengubah pelbagai jenis MPV iaitu model Alphard, Vellfire, Estima dan Nissan Elgrand menjadi sebuah limosin dan juga kereta mayat. 

Kesemua MPV tersebut dikenali sebagai Michibiki Series Emu.

Secara keseluruhan, Toyota Alphard ini mempunyai panjang keseluruhan 6,550mm, lebar keseluruhan 1,850mm dan tinggi 1,900mm. Jarak roda juga telah dipanjangkan, jadi secara keseluruhan, MPV ini mempunyai tambahan panjang sekitar 1,600mm dari model standard.

Ramai warhanet Malaysia yang seakan-akan tidak percaya apabila melihat MPV mewah daripada Toyata ini digunakan sebagai kereta mayat sahaja di luar negara.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here