Pemandu Mitsubishi Triton lawan arus berdepan hukuman gantung!

5050

Pemandu Mitsubishi Triton yang memandu melawan arus sehingga mengakibatkan dua remaja terkorban di Kilometer 8.6 Lebuh Raya Persekutuan Ahad lalu bakal berdepan hukuman gantung.

Eksekutif pemasaran itu akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati selepas kes diklasifikasikan semula.

Difahamkan, sebelum ini suspek mempunyai 20 rekod saman lampau termasuk memandu laju dan melanggar lampu isyarat. Ketika kejadian hasil ujian air kencing mendapati suspek positif ganja. 



Untuk makluman, sebelum ini kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahaya.

Mengikut seksyen itu hanya memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here