Lelaki Kanada ini tidak dapat buat tuntutan insurans Subaru BRZ miliknya semata-mata tukar ekzos

928

Pasaran aftermarket dalam dunia automotif merupakan satu perniagaan yang menguntungkan jutaan ringgit.

Namun seorang pemandu baru-baru ini sedar bahawa walaupun pengubahsuaian kecil dilakukan, ianya boleh membawa kesan yang besar kepada sesebuah kenderaan.



Kisah lelaki kelahiran Kanada iaitu Modasir Ayobi tular dimana dia menyewa sebuah Subaru BRZ dan memasangnya dengan ekzos aftermarkert.

Oleh kerana ianya ialah sebuah kereta sewa, Ayobi menyimpan ekzos asal Subaru BRZ dan merancang untuk menggantinya sebelum dia mengembalikan kereta itu.

Rancangan tersebut berjalan lancar sehingga BRZ itu terlibat dalam kemalangan pada bulan Mac lalu. Walaupun Ayobi tidak didakwa atas kemalangan itu, syarikat insuransnya membuat keputusan bahawa dia bersalah.

subaru brz

Syarikat insurans itu iaitu Desjardins Insurance menolak tuntutan sebanyak USD28,435 (RM117,308) dan membatalkan polisi mereka. Tindakan ini dibuat kerana ekzos pada BRZ tersebut telah diubah suai oleh Ayobi.

Perkara ini kelihatan tidak masuk akal lebih-lebih lagi Ayobi yang membayar USD5,851 (RM24,138) setahun untuk insurans.

Namun, syarikat itu telah memberi peringatan kepada pelanggannya dimana kenderaan mereka akan dianggap telah diubah suai jika rupa bentuk dan spesifikasi asal telah diubah.

subaru brz

Tambah syarikat itu, pelanggan yang ingin membuat ubah suai perlu menghubungi mereka untuk proses perlindungan insurans dengan betul.

Walau bagaimanapun, Desjardins Insurance telah membuat pusingan u-turn dan bersetuju untuk membayar sepenuhnya tuntutan yang dibuat oleh Ayobi.

Tindakan ini juga dibuat disebabkan syarikat itu dihubungi oleh media yang menyatakan pelanggan lain berkemungkinan mengalami nasib yang tidak baik.

Kesimpulannya, baca dengan teliti terlebih dahulu dokumen yang diberikan sebelum menyertai sesuatu polisi insurans. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here