PIF Arab Saudi beli NewCastle United, ini kapal pesiar mega milik bos baharu…

4102

Pengambilalihan 80 peratus saham Newcastle United bernilai £300 juta (RM1.7 bilion) oleh dana pelaburan awam (PIF) Arab Saudi selesai dan lengkap awal bulan ini. 

Bagaimanapun bayangan Putera Mohammed bin Salman (MBS) tidak dapat dihindari selepas pembelian kelab bola sepak berkenaan.



Walaupun tidak menjadi Presiden Newcastle United menggantikan Mike Ashley, MBS yang bertindak sebagai Ketua PIF setidaknya memiliki suara dan keputusan dalam Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu. 

Mungkin ramai peminat bola bimbang dengan penglibatan Putera Mahkota Arab Saudi itu. Bagaimanapun, pengambilalihan tersebut mengatasi Sheikh Mansour (pemilik Man City) dan menjadikan MBS pemilik terkaya dalam Liga Perdana.

BACA>>McGregor tayang kapal layar supercar Lamborghini (4000hp), harga RM15 juta saja

Paling menyerlah dan menjadi sorotan adalah aset mewah yang dimiliki putera mahkota Arab Saudi itu antaranya kapal pesiar ke-15 terbesar dunia yang dinamakan Serene.

Kapal mega itu dimiliki bilionaire Rusia, Yuri Shefler yang kemudian menjualnya kepada MBS pada musim panas 2014. Pada awal kemunculan, Serena merupakan kapal pesiar kesembilan terbesar dunia dan dibeli pada harga AS458 juta (RM1.9 bilion) pada 2015.

KEMUDAHAN HOTEL 5-BINTANG

MBS pertama kali melihat kapal pesiar 440 kaki itu di selatan Perancis lalu menguruskan perjanjian pembelian dengan taikun Vodka tersebut tanpa berfikir panjang.

Serene dibina oleh Fincantieri di Itali dengan 134 meter panjang yang boleh memuatkan 24 penumpang dengan 12 kamar dan kabin VIP. Selain itu, ia mampu membawa 63 krew untuk perjalanan jauh.

BACA>>Penghantaran kenderaan di Australia jadi lewat sebab serangga marmar coklat

Kapal pesiar dengan enam tingkat itu memiliki kemudahan seperti hotel 5-bintang. Misalnya, tab mandi besar yang terletak di bahagian belakang kapal dan ruangan tinjauan dasar laut. 

Selain itu, kemudahan lain termasuk tujuh buah kolam renang, tab panas bersaiz besar, sauna di depan laut, helipad, salon kecantikan, gim, sistem transmisi satelit dan lain-lain.

Bahagian dalaman Serene direka oleh studio reka bentuk British Reymond Langton, menggabungkan campuran warna krim dan gelap dengan kemasan kayu. Ruangan sky lounge pula dilengkapi dengan pelbagai sofa, kerusi dan meja kopi untuk koktel dan teh.

BACA>>Kapal kontena terbesar dunia Ever Ace singgah PTP, lokasi pertama Asia Tenggara

Setiap ruangan dalam Serene menampilkan pemilihan warna berbeza. Kapal pesiar mega itu dilengkapi dengan enjin 8 MTU diesel dengan kelajuan maksimum 18 knot dan kelajuan kruise 14 knot.
 
Selain itu, ia mampu belayar sejauh 11,112km dengan kapasiti tangki minyak 800,000 liter. Untuk memastikan keselesaan semasa berlabuh, kapal layar itu dilengkapi dengan sistem penstabilan termaju di samping tangki air tawar 145,000 liter.
 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here