[Video] Pasangan kekasih tular keluar ‘dating’ naik Ferrari mainan

1683

Bahagia itu bukan terletak pada material. Ada orang dengan hanya motor kapcai dan berselipar pasar malam sudah membuat mereka cukup dan bahagia.

Seperti dua pasangan ini yang tular di TikTok. Jika pasangan lain keluar ‘dating’ dijemput dengan kereta saiz sebenar namun tidak wanita ini.



Video itu menunjukkan momen pasangan berkenaan keluar makan malam menggunakan supercar Ferrari kuning.  Sayangnya bukanlah supercar yang dibeli dengan harga jutaan ringgit melainkan kereta elektrik mainan.

Video akaun TikTok bernama @jewnies itu menunjukkan teman lelakinya memandu kereta berkenaan di jalan raya bahkan mengeluarkan kereta mainan tersebut dari parkir kereta awam dengan hanya menolak keluar menggunakan tangan. 

BACA>>Lelaki ini terpaksa jual Toyota Aygo lepas anak beli barang ‘in-game’ berjumlah RM7,500

@jewnies

sepanjang jalan berasa artis di videoin se pik 2

♬ Spongebob Sad Song Steel Lick – Some guy in the internet

“Sepanjang jalan berasa artis di videoin,” tulisnya. 

Bagaimanapun kami terfikir bagaimana model saiz kereta mainan kanak-kanak itu boleh memuatkan dua orang dewasa dan kukuh serta berapakah kelajuan maksimum yang mampu dicapai Ferrari berkenaan.

Mahu kebas punggung menjelang sampai ke rumah dan lapar balik dalam perjalanan pulang. 

Aksi bersahaja itu dipercayai berlaku di Indonesia dan mencuit perhatian warga maya menerusi beberapa komen antaranya: 

“Tiba-tiba Ferrari benerannya lewat.”

“Harus rajin disiram bang biar cepet gede itu mobil.”

“Beli di mana sih mobil-mobilan gini yang bagus? Gue udah muter-muter nggak nemu yang kukuhh dan bagus.”

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here