Honda CB150R tak lepas naik bukit, netizen fokus pada aksi pembonceng

2721

Apabila menunggang motosikal melalui jalan bukit tinggi seharusnya rider sudah mengambil lajak lebih jauh dan mula memulas terotel lebih kencang dari bawah untuk mendapatkan momentum.

Namun, lain pula bagi penunggang Honda CB150R menerusi video yang dikongsi akaun Instagram @agoez_bandz4 ini yang menunjukkan dia begitu santai mendaki bukit sehingga  terkandas di pertengahan. 



Bagaimanapun video berkenaan menjadi perhatian bukan kerana motosikal tersebut yang gagal mendaki bukit namun apa yang terjadi kepada pembonceng selepas motor berkenaan mengundur.

BACA>>Polis: Mitos ekzos bising boleh buat motor power

Mungkin panik tidak dapat mengawal jentera, dalam keadaan mengundur pembonceng wanita berkenaan turun dari motor menyelamatkan diri. Lalu insiden nahaspun terjadi. 

Wanita tersebut yang tidak dapat mengawal diri tersungkur lalu terjatuh dan berguling ke dalam semak. Mungkin penunggang motor tersebut masih baru dengan motor klac sehinggakan tidak sempat menukar gear ketika tiba di pertengahan bukit.

Menurut salah seorang netizen menjelaskan penunggang tersebut kekal menggunakan gear tiga atau dua yang mana seharusnya dia memilih gear satu kerana putaran enjin bawah CB lebih besar. 

BACA>>[Video] Terpaksa turun motor di lampu merah, orang rendah saja faham situasi brother ini!

 
Maka tidak hairan tiba-tiba motor tersebut berhenti mendadak di tengah bukit. Boleh dilihat juga tiba-tiba datang dua orang lelaki menyelamatkan keadaan tersebut. 
 
Untuk makluman, Honda CB150R didatangkan dengan enjin 149.16 cc yang menghasilkan kuasa 16.9 PS @ 9,000 rpm dan tork 13.8Nm @ 7,000rpm bersama transmisi 6-kelajuan.
 
Insiden berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen antaranya:
 
“Yg d boncengin bukan nya nolongin malah kabur.”
 
“Noob, bukannya dari bawah ambil momentum malah gitu.”
 
“Gigi (gear) brapa itu om hadeh.”
 
 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Agoez Bandz Official (@agoez_bandz4)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here