Guna traktor pecah kedai dan angkut 2 buah motor

1945

Polis Australia menangkap seorang lelaki berusia 41 tahun susulan memecah masuk sebuah kedai motosikal menggunakan traktor curi.

Dalam kejadian tengah malam itu lelaki berkenaan merembat dua buah motosikal Kawasaki KLX. Menerusi paparan video menunjukkan suspek menggunakan traktor  untuk memecah cermin depan kedai motor tersebut.



Selepas itu, suspek turun dari traktor lalu mengikat motor berkenaan pada bahagian depan lalu meninggalkan lokasi. 

Pihak polis berjaya menjejaki lelaki berkenaan ketika sedang cuba memasukkan motor curi ke dalam sebuah trak yang diparkir di tepi jalan.

Menyedari kehadiran polis, suspek melarikan diri memandu traktor berkenaan yang masih berikat dengan motor. Ketika aksi kejar mengejar, motor tersebut jatuh dan lelaki berkenaan melarikan diri berdekatan kawasan kejiranan dan melintasi laluan kereta api.

 

Oleh kerana kejadian berlaku tengah malam tiada kecederaan dilaporkan bagaimanapun tindakan lelaki itu menyebabkan kerosakkan pada pagar kecil dan laluan kereta api.

Polis Queensland melaporkan suspek berjaya dijejaki oleh skuad anjing pengesan yang bersembunyi dalam semak samun sebelum jam 5 pagi. 

Suspek akan didakwa atas kesalahan pecah masuk premis dan memandu secara merbahaya, menghalang dan menghindari polis.

 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here