Utama Berita Automotif Polis buru lelaki curi motor di Padang Jawa

Polis buru lelaki curi motor di Padang Jawa

12

Polis sedang mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian kecurian sebuah motosikal di sebuah rumah di Padang Jawa, di Shah Alam pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki berusia awal 30-an yang juga pemilik motosikal berkenaan.

“Mangsa menyedari motosikal jenis Yamaha Lagenda 115ZR yang diletakkan di hadapan rumahnya telah hilang ketika bangun dan disyaki kenderaan itu dicuri,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ramsay berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan oleh pihak polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Rustam Eliah di talian 019-6148034,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here