BMW X7 Tom Cruise dicuri ketika penggambaran, barangan bernilai ribuan pound sterling hilang!

1326

Siapa tidak kenal pelakon popular, Tom Cruise yang begitu sinonim dengan  filem aksi Mission Impossible.

Bagaimanapun penggambaran filem Mission: Impossible 7 kali ini lain pula yang terjadi apabila SUV BMW X7 milik pelakon berusia 59 tahun itu dicuri di luar Hotel Birmingham Grand, United Kingdom.



Tom Cruise berang dengan kejadian tersebut dan lebih mengejutkan pasukan pengawal peribadinya hanya sedar kereta itu hilang di parkir pada hari Rabu. 

Bagaimanapun aksi pencuri tersebut berjaya dirakam kamera liter tertutup (CCTV) yang mana kereta tersebut ditinggalkan di belakang kedai makan Smethwick hampir 5km dari lokasi kejadian pada jam 9.13 pagi.

Menerusi rakaman tersebut memaparkan seorang wanita membawa beg membeli-belah berwarna hijau, lebih malang mereka juga melarikan bagasinya yang berisi barangan bernilai ribuan pound sterling. 

Bagaimanapun kereta tersebut dijumpai semula dan pihak polis mendakwa pencuri tersebut menggunakan alat teknologi tinggi untuk mengimbas dan mengklon signal dari punat mula/henti untuk menghidupkan kereta tanpa alat kawalan jauh.

“Kami menerima laporan BMW X7 dicuri di Church Street, Birmingham pada awal pagi Selasa. Kereta itu dijumpai semula tidak lama kemudian di Smethwick.

“Siasatan rakaman CCTV telah dibuat di kawasan tempat kereta itu ditemui dan kes ini masih lagi sedang dijalankan,” kata jurucakap polis.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here