Tertekan pedal minyak, Myvi rempuh pasar raya dan langgar seorang pekerja makanan segera

2382

Tular satu rakaman video di media sosial memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi terbabas masuk ke dalam sebuah pasar raya di Puchong.

Kejadian pada jam 4.30 petang itu difahamkan berlaku apabila pemandu berusia 64 tahun itu tertekan pedal minyak dan merempuh pintu kaca depan pasar raya berkenaan.  



Akibat kejadian itu, Myvi tersebut melanggar seorang pekerja lelaki yang berada di depan kaunter sebuah restoran makanan segera. 

Mangsa berusia 31 tahun yang mengalami kecederaan kini mendapatkan rawatan di Zon Kuning Hospital Serdang. Bagaimanapun keadaannya dilaporkan stabil.

Manakala pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. Difahamkan kejadian itu berlaku ketika warga emas itu ingin pulang setelah selesai membeli barang keperluan. 

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A Anbalagan, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here