Jual beli kereta online, nilai syarikat Carsome melonjak naik RM5.3 Bilion

1642

Carsome merupakan sebuah platform automotif di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan jual beli kereta terpakai secara dalam talian. 

Terbaharu Carsome Group mengumumkan menerima pelaburan Series D2 yang bernilai USD170 juta (RM705 juta) sekaligus melonjakkan nilai syarikat menjadi AS 1.3 bilion (RM5.3 bilion).



Jumlah pelaburan Series D2 itu dilengkapi dengan kemudahan kredit baharu sebanyak AS30 juta (RM124 juta), menjadikan  jumlah keseluruhan dana kepada AS200 juta (RM830 juta).

Ia merupakan pelaburan ekuiti terbesar dalam sejarah Carsome, menyaksikan penyertaan antara dana pelaburan terkemuka di rantau ini seperti Catcha Group, MediaTek dan Penjana Kapital.

Selain itu, pelabur saham lain termasuklah Asia Partners, Gobi Partners, 500 Southeast Asia, Ondine Capital, MUFG Innovation Partners, Daiwa PI Partners dan lain-lain.

Suntikan dana itu mengukuhkan tawaran Carsome dalam pembiayaan untuk pembeli kereta dan peniaga kereta terpakai yang mana melibatkan transaksi lebih daripada 100,000 setahun yang membawa pendapatan hasil sekitar AS1 bilion (RM4.15 bilion).

Rothschild & Co pula bertindak sebagai penasihat kewangan Carsome dalam perjanjian tersebut.

“Kami berasa terhormat dan lebih berkeyakinan dengan atas sokongan yang diberikan oleh para pelabur kami.

“Pada masa sama kami bersiap sedia untuk mencapai tahap yang lebih tinggi sambil melancarkan platform e-dagang kereta terbaik di Asia Tenggara yang kini diperkukuhkan dengan pelbagai kekuatan dalam ekosistem,” kata Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carsome, Eric Cheng.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here