Rider ini buat pusingan-U 1km semata ingin kutip bendera jatuh di tengah jalan

1788

Beberapa minggu lalu tular video seorang lelaki berlari mengutip bendera Jalur Gemilang yang terjatuh di tengah jalan raya.

Sebenarnya semangat cintakan negara masih menebal dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kira kaum mahupun golongan usia. 



Terbaru, sekali lagi satu video berkaitan bendera Malaysia tular di aplikasi TikTok. Seorang penghantar makanan yang dalam perjalanan pulang ke Serendah, Selangor menemui bendera Malaysia jatuh di pembahagi tengah jalan raya.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1 petang berhampiran Selayang, Selangor.  Muhammad Fakharuddin Shahudin, 22 menceritakan dia melihat sebuah kereta cuba mengelak sebatang kayu.  

“Nak dijadikan cerita masa aku otw nak balik rumah, aku ternampak bendera dengan sebatang kayu tengah jalan raya.

“Laluan ni kereta semua laju-laju, fikir balik kalau aku tak angkat siapa lagikan, takkan nak tengok bendera kita jatuh macam tu dengan keta lori langgar,” katanya menerusi kapsyen ringkas pada video berkenaan.

Terdetik perasaan serba salah dalam hati, dia memutuskan untuk berpatah balik. Fakharuddin berdepan risiko sebanyak dua kali bagi mengutip kayu yang patah di tengah jalan sebelum berpatah balik ke pembahagi jalan untuk mendapatkan Jalur Gemilang.

Dia membuat pusingan-U kira-kira 1km untuk berpatah balik mendapatkan bendera dan terpaksa membuat pusingan-U sekali lagi untuk pulang semula ke Serendah. 

Selepas mendapatkan bendera tersebut dia langsung menyangkut pada beg penghantarannya.

Dalam pada itu, Fakharuddin menjelaskan perkongsian video tersebut bukan konten semata-mata, tapi atas rasa tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya.

“Saya tunggu jalan clear dahulu baru saya melintas jalan. Fikiran pertama saya adalah untuk kutip kayu tu dahulu bagi mengelakkan ia dilanggar oleh mana-mana pengguna jalan raya.

“Saya juga nak sampaikan mesej bukan sebab sambutan kemerdekaan, baru nak kibar Jalur Gemilang. Kalau boleh hari-hari biasa pacaklah satu di rumah,” katanya.

Video:

@fakarudin987

❤️🇲🇾 #fyp

♬ Malaysia – Faizal Tahir

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here