Modenas siar video teaser model baharu bakal muncul

1233

Modenas memuat naik satu video pendek pada laman Facebook mereka yang memberi petanda pengeluar motosikal nasional itu bakal memperkenalkan model baharu tidak lama lagi.

Video berdurasi 11 saat itu hanya menunjukkan seorang hos lelaki dengan skrip berbunyi ‘lebih kuat, lebih pantas, lebih agresif, nantikan’.



Tagline itu memberikan gambaran ciri yang bakal ditawarkan pada produk roda dua baharu berkenaan dan ia mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen. 

Ada antara peminat jenama tersebut mengandaikan model Dominar 400 atau 250 baharu tidak kurang juga mengharapkan model Ahmad yang bakal lancar selain cafe racer. 

Bagaimanapun jika anda melihat pada bahagian bawah kiri video tersebut tertera perkataan Powered By Bajaj dan Loved in 70 Countries. Ini sudah cukup memberi petunjuk bahawa model Bajaj Modenas yang bakal membuat kemunculan. 

Sama-sama kita nantikan….

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here