
PeroduaΒ mendaftar sebanyak 6,988 unit kenderaan pada bulan Ogos berbanding 655 unit pada bulan Julai.
Kenaikan mendadak itu susulan pembukaan semula operasi kilang dan pusat jualan secara berperingkat pada 16 Ogos lalu.
Β

Presiden danΒ Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata pengeluaran dan pendaftaran kereta akan meningkat berkali ganda pada bulan ini.
Β
“Semua operasi Perodua dihentikan berikutan perintah kawalan pergerakan padaΒ 1 Jun lalu untuk mengawal penyebaran Covid-19.
Β
“Setakat tahun ini Perodua mendaftarkan 104,933 unit kenderaan iaitu penurunan sebanyakΒ 12.5 peratus ββberbanding 119,977 kenderaan yang dijual antara JanuariΒ dan Ogos tahun lalu,” katanya.
Β

Jadi, Perodua terpaksa menurunkan sasaran jumlah jualan kenderaan 2021 disebabkan dua faktor utama ialah kekangan waktu dan sumber. Sasaran baharu Perodua adalahΒ 214,000 unit berbanding sebelumnyaΒ 240,000 unit (penurunan 10.8Β peratus).
Β
Menurut Zainal, keutamaan Perodua ketika ini adalah memastikan industri automotif dapat terus beroperasi dan bertahan tahun ini.
Mengulas mengenai kekurangan cip semikonduktor, Β Zainal berkata PeroduaΒ masih memperolehi bekalan yang cukup untuk memastikan pengeluaran berjalanΒ lancar dan sebahagian besar tempahan tertunggak akanΒ dapat dipenuhi dalam tahun ini.
“Buat masa ini, bekalan cip semikonduktor masih menjadi isu global dan kamiΒ bekerjasama dengan rakan kongsi dan para pembekal kami untuk mengehadkanΒ sebarang gangguan yang timbul,” katanya.
Β
Β
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar