
Penasihat Khusus Presiden Bidang Tenaga Kerja dan Kesejahteraan Buruh, Said Iqbal menyatakan terdapat dua kilang komponen automotif di Jawa Timur akan keluar dari Indonesia dan berpindah ke Vietnam.
Situasi berkenaan boleh menyebabkan ribuan pekerja kehilang pekerjaan. Bagaimanapun, beliau masih enggan mendedahkan dua syarikat yang ingin berpindah ke Vietnam tersebut.
Namun, Said memberikan petunjuk bahawa dua perusahaan itu menggunaan awal huruf PT J dan PT S serta memiliki induk usaha di Jepun.
“Kemungkinan 7,000 pekerja akan kehilangan pekerjaan yang mana ketika ini PT J memiliki sekitar 7,000 karyawan tetapi dari jumlah itu yang kemungkinan diberhentikan kerja hanya 4,000.
“Memang kemungkinan hanya andaian 4,000. Tetapi saya tidak begitu yakin hanya 4,000 kerana ini baru percakapan. Biasanya pengurusan akan mengambil angka yang tinggi, mungkin ribuan tapi tidak mungkin 4,000,” katanya.
Said menambah ketika ini PT S memiliki 4,000 pekerja dan daripada jumlah berkenaan kira-kira 3,000 pekerja berisiko kehilangan pekerjaan meskipun beliau ragu jumlah akhir buruh yang diberhentikan akan sebanyak itu.
Beliau yang turut menjadi Presiden Parti Buruh sekaligus Presiden Konfederasi Syarikat Pekerja Indonesia (KSPI) akan melakukan langkah mitigasi dengan meminta anggota syarikat yang dipimpin oleh beliau untuk terus melakukan rundingan dengan PT J dan PT S agar tidak berpindah ke Vietnam.
“Memang agak besar, tapi kalau kita bisa meyakinkan prinsipal di Jepun kemungkinan pindah ke Vietnam itu tidak akan dilakukan. Kerana ini juga belum terjadi.
“Pemindahan itu tidak semudah itu. Kemungkinan itu kata mereka setahun dua tahun ke depan. Maksudnya kita masih punya waktu untuk perbincangan,” jelasnya.

































