Pengganti Perodua Alza sudah masuk barisan pengeluaran?

4655

Indonesia difahamkan bakal menerima Daihatsu Xenia (Toyota Avanza) baharu pada November depan.

Imej render Toyota Avanza Indonesia

Bakal menggunakan kod W100/W101, versi prototaip dikhabarkan sudah dibawa ke Jepun untuk penilaian dan model tersebut akan menggunakan enjin 1.5 liter Dual VVT-i bersama kotak gear CVT atau 5-kelajuan manual.

Enjin itu adalah janakuasa sama digunakan oleh Perodua Myvi. Selain itu, difahamkan ciri keselamatan juga bakal bertambah misalnya Kawalan Kruise Adaptif (ACC) dan Kawalan Kekal Lorong (LKA) serta bakal ditawarkan juga Toyota Safety Sense. 



Dari segi penampilan, khabarnya MPV itu bakal menggunakan rekaan model konsep DN Multisix yang diperkenalkan pada 2017 lalu. 

Menurut portal automotif Funtasticko, khabarnya ketika ini sudah ada tiga hingga lima unit versi pra-pengeluaran yang disiapkan.

Jelas mereka Daihatsu Xenia (2022) merupakan model asas kepada pengganti Perodua Alza dengan kod D27A yang bakal lancar tahun depan. 

Difahamkan pengganti MPV tersebut akan ditawarkan dengan tiga varian dan Perodua akan memasang satu varian Avanza (2022) di kilang yang sama. 

Imej intip Toyota Avanza yang dikesan di Indonesia pada 2019.

Bahkan sebelum ini, portal Kumparan melaporkan model intip Avanza serba baharu yang dikesan sedang menjalani ujian enduran awal Disember 2020 lalu di Indonesia. Dimensi Avanza berkenaan kelihatan lebih lebar di bahagian belakang. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here